Sunday, 9 December 2012

Siswa siswi kedah

Geng siswa kedah parlimen jerlun...miss u all...time ni kita buat perlawanan bowling di Jitra Mall..tapi aku yg kalah..hahah...nti cuti kita buat lg program yg best2...bkn senang kan kita nk bjumpa mcm nih...semua bawa haluan masing2 dah...time2 mcm ni la kita nk bjumpa...nti semua dh kawin dah xboleh mcm ni..heheh...kena wat pogram mcm lain pulak la kan...hahahah...

Saturday, 8 December 2012

Si cantik yang penuh racun



Aku terbaca artikel misteri dan keajaiban alam...terkejut aku nengok si cantik yg penuh racun nih..
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Friday, 7 December 2012

Aku........suatu ketika dulu....

Inilah aku suatu ketika dulu...kenangan zaman persekolahan yg xdpt ku lupakan...dulu aktif sgt dlm bidang nyanyian nih tp dlm keadaan paksaan..hihi...kalau cikgu xpaksa xjd la cmni...terima kasih yg xterhingga kpda cikgu2 yg byk mmbntu especially cikgu Fauziah Saad yg byk mmbntu shingga aku berjya dlm nyanyian ke peringkat kbangsaan...xlupa jugak kpd teacher Farah Yudistira yg byk melatih aku dan juga cikgu Zainon yg mmberi pluang kpdku dan mmbri tnjuk ajar...smoga cikgu non cpt sembuh...kenangan hnya tinggal knangan....aku dh pencen dan diteruskan oleh adikku..hee...

Thursday, 6 December 2012

Tutorial membuat crepe durian


nendiaaaa......lama dah aku mencari crepe durian nih...akhirnya,,,dpat jugak tutorial dr Aset Wanita...nnti nk try buat la..kan musim durian...hihi

Crepe durian

- 250 gm tepung gandum
- 1 sudu kecil tepung ubi
- 2 biji telur
- 500 ml santan & susu segar
*Fungsi santan akan menjadikan lempeng elastik , mudah nak di angkat dan tidak mudah koyak.
- 1/ 2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil pewarna kuning
*Boleh juga untuk warna yang lain sekiranya mahu
- 1 sudu besar  butter di cairkan
*fungsinye akan menjadikan lempeng berkilat dan tidak melekat di kuali dan tidak perlu di sapu minyak pada kuali non stick.
- 2 sudu besar gula halus @ castor
BAHAN2 :


Watak utama ialah : Durian.. ambik isi dia ja.. biji dia buang.. 

Nasihat daripada Nabi Muhammad SAW

Jom kita berkongsi pd pagi yg indah ini berkenaan nasihat dari Nabi Muhammad SAW, junjungan besar kita semoga dpt diambil manfaatnya dan dijadikan panduan... 

Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang "ALIM" itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

 Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T

#Meraih Mawaddah Allah# :-)


Wednesday, 5 December 2012

Arnab terbesar di dunia

1st time aku nengok arnab ni seram pon ada...hahaha...kalau nk dibandingkan dgn arnab kt umah aku tu mmg berlipat kali gnda la jawabnya..heheh...aku ada terbaca satu artikel mengenai arnab ni...Arnab ni namanya Herman dan tinggal bersama tuannya Hans Wagner di Berlin German. Herman merupakan arnab domestik yang terbesar di German serta tidak hidup meliar seperti arnab yg lain dan boleh mencapai hayat selama 12 tahun...perghhhh....kalau buat bantal peluk pon best gak arnab nih..haha

Doa hilang stress dan tekanan

Hidup pasti dilanda stress dan tekanan bukan???....begitulah jugak aku....kita jgn sombong untuk berdoa kepada-NYA kerana stress dan tekanan yang kita rasakan itu mungkin ujian untuk menguji hambanya...ini lah salah satu cara untuk kita mengurangkan stress dan tekanan yang kita hadapi..

Monday, 3 December 2012

KITA TANYA, ALLAH JAWAB

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
ALLAH MENJAWAB DI DALAM AL-QURAN : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KITA BERTANYA : MENGAPA ALLAH MAHU MENGUJI AKU?
ALLAH MENJAWAB DI DALAM AL-QURAN : Sesunguuhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah diantaranya yang lebih baik amalnya. (Surah Al-Kahfi ayat 7)

KITA BERTANYA:KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU INGINKAN?
ALLAH MENJAWAB DI DALAM AL-QURAN : Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah Al-Baqarah ayat 216)

[Kerana Cinta...]

✿~ Kerana cinta
✿~ Manusia sanggup menempuh onak dan duri
✿~ Meredah hutan belantara

✿~ Mendaki Gunung Everest
✿~ Mengadai nyawa & harta
✿~ Demi membuktikan cinta kita kepada si dia
adalah benar & telus

Kerana dambakan cinta manusia, bermacam yang
kita sanggup lakukan demi meraih cinta makhluk
ciptaan Tuhan.

Namun adakah kita sanggup melakukan yang sama
demi meraih keredhaan & cinta Pencipta makhluk?

Muhasabah untuk diri & saudale saudali sekalian.....=)

Sunday, 2 December 2012

[TANGISAN RASULULLAH KERANA WANITA]

✿~ Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah perempuan TIDAK MAHU MANDI setelah HAID DAN NIFAS juga kerana ia BERHIAS UNTUK LELAKI BUKAN SUAMINYA dan suka MENGUMPAT ORANG..

✿~ Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia MEMPERKENALKAN DIRINYA kepada orang asing, BERSOLEK dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain..


✿~ Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah AHLI PENGUMPAT DAN PENDUSTA..

Red Durian (Pelik Tapi Benar)

Malam ni tiba2 pulak terasa lapar durian....tiba2 aku terlihat pic ni,,,nmpak mcm ada daging dalam durian...memang pelik tapi benar...rupa2 nya ini  durian merah...wahhh,,,ada jugak durian mcm nih...1st time aku tgk..teringin jugak nk merasa...malam ni aku nk berkongsi la serba sedikit tntang durian ni..durian ni hanya terdapat di Sabah...


Durian, atau nama saintifiknya adalah Durio zibethinus, dikenali dan dihormati di Asia Tenggara sebagai "Raja Buah" yang mempunyai saiz yang besar, bau yang unik, dan dilindungi duri sekam yang mantap. Namanya berasal dari perkataan Melayu Rock (duri) bersama-sama dengan akhiran Melayu (untuk membina kata nama dalam bahasa Melayu), yang bermaksud "buah yang berduri."

Saturday, 1 December 2012

Serban Baginda Rasulullah

Awak2 semua mesti lihat ini gambar serban-serban yang pernah dipakai oleh Baginda Rasulullah SAW.... Selawatlah wahai teman-temanku sekalian.... Kamu pasti merindui Baginda bukan???...Walaupun kami tidak pernah melihat wajah Baginda tetapi kita mengingati Baginda Rasulullah dengan berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW....