Thursday, 6 December 2012

Nasihat daripada Nabi Muhammad SAW

Jom kita berkongsi pd pagi yg indah ini berkenaan nasihat dari Nabi Muhammad SAW, junjungan besar kita semoga dpt diambil manfaatnya dan dijadikan panduan... 

Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang "ALIM" itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

 Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T

#Meraih Mawaddah Allah# :-)


No comments:

Post a Comment